Selain daripada emosi negatif, penebat rezeki yang menyekat rezeki adalah dosa. Semakin kerap kita lakukan dosa, semakin tebal dinding aliran rezeki.
Andai kita persoal tentang non-muslim yang peroleh rezeki yang banyak walau tidak solat, ia adalah kerana zat Allah Yang Maha Pengasih.
Tetapi Allah hanya berikan rahmat-Nya kepada umat Islam sahaja. Itulah keistimewaan umat Islam. Darjatnya ditinggikan Allah. Oleh sebab itu, hanya umat Islam yang dapat akses peroleh rahmat Allah.
Subhanallah. Betapa baiknya Allah kepada kita. Oleh sebab itu, untuk mengalirkan rezeki kita, ada amalan dalaman yang perlu dipatuhi. Antaranya, dengan istighfar minima 300 kali pada tiap hari.
"Kebersihan adalah lebih utama daripada kewangian."
Oleh sebab itu, adalah lebih baik fokus kepada istighfar pada tiap hari.
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
Hadis tentang penebat rezeki iaitu dosa
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)
Plan tindakan Amalan yang boleh dipraktikkan;
Istighfar 300x pada tiap hari Atau konsistenkan dengan amalan yang sedikit.
Sesungguhnya Allah lebih suka amalan yang sedikit tetapi konsisten. |
|
No comments:
Post a Comment