Mengapa Malang Bertimpa-timpa?
"Orang kaya semakin kaya, orang miskin tetap miskin"
Saya pasti kita kenal dan biasa mengenal
pepatah di atas. Antara sebabnya adalah kerana
Gaya Pemikiran.
Orang kaya sering mencari penyelesaian, orang miskin
kaya dengan alasan. Gaya pemikiran juga ada kaitan
dengan abundance (berlimpahan).
Apabila kita mempunyai pemikiran dan hati (believe
system) yang berlimpahan, serta kecukupan, kita
telahpun membuka pintu ke arah kehidupan
tanpa batasan.
Orang yang mempunyai soul dan mindset abundance,
adalah orang yang bersumberkan pergantungan kepada
Allah. Kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya.
Dengan bergantung kepada Allah, kita akan peroleh
gaya pemikiran dan hati yang serba mencukupi dan
berlimpahan.
Allah adalah sumber mutlak untuk kehidupan tanpa
batasan. Oleh sebab itu, pergantungan dengan Allah itu
penting.
Bagaimana nak mendidik diri mempunyai soul dan
mindset yang abundance? Antaranya adalah, dengan
kerap dan banyakkan bersyukur setiap hari. Kurangkan
merungut, walau perkara itu tidak kita ingini.
Ikhlaskan diri menerima apa yang Allah beri kita sekarang.
Adakalanya kita terlalu memandang impian dengan berharap
kehidupan sekarang akan berubah, tetapi lupa untuk melihat
apa yang kita ada. Sedangkan apa yang kita ada banyak.
Amalan yang boleh dipraktikkan;
1. Kerap dan banyakkan bersyukur dengan skrip berikut;
"Terima kasih Allah, saya dapat makan dengan kenyang"
"Terima kasih Allah, saya dapat tidur dengan lena"
2. Kurangkan merungut dengan ikhlaskan diri dengan
apa yang Allah beri. Skrip yang boleh diucapkan;
"Ya Allah, saya ikhlas menerima apa yang Kau beri.
Saya pasrahkan ketenangan hatiku kepada-Mu. Terima
kasih ya Allah."
Selamat beramal ;)
Apabila kita masuk ke fasa syukur, kita telah membuka
minda dan hati kita untuk mencapai soul dan mindset
yang berlimpahan dan serba mencukupi.
No comments:
Post a Comment