Teknik Seru Rezeki Dengan 'Suara' Dalaman - Warkah Dari InsyirahAzhar(dot)com
Tahukah , bahawa antara teknik seru rezeki
adalah dengan menggunakan Internal Dialogue?
Apa itu Internal Dialogue? Internal Dialogue adalah
affirmasi yang kita ucapkan kepada diri sendiri, untuk
memecahkan believe system yang terlahir daripada
keladak-keladak negatif selama berpuluh tahun kita hidup.
Mengapa ini berlaku? Cuba perhatikan.
Dalam diri , lebih banyak positif atau negatif?
Lihat dari aspek pemikiran, dan emosi.
Dalam program Soul Power Mastery Dr. Azhar Sarip,
beliau berkongsi;
"80% daripada dalam diri kita adalah negatif"
Nah! Maka jelaslah mengapa believe system kita
terhadap perkara positif sangat rapuh. Antara indicator
untuk menilai believe system kita yang positif adalah
dengan membaca affirmasi di bawah;
"RM15,000 sangat murah bagi saya."
Saya pasti, kebanyakan daripada kita ada ura-ura mengatakan;
"Mana ada murah"
"Mahalnya"
Dan sebagainya.
Makanya, kita boleh lihat betapa rapuhnya believe system
kita terhadap perkara positif. Ia adalah kerana kita telah banyak
menanamkan benih negatif dalam diri kita.
Lantas kita akan mempunyai kesukaran untuk menerima
affirmasi yang positif yang tidak belum capai.
Plan tindakan
Teknik seru rezeki dengan Internal Dialogue boleh dipraktikkan
dengan affirmasi ini;
Contoh,
"Alhamdulillah, sales saya semakin meningkat pada tiap hari"
Ucapkan pada tiap hari. Selarikan dengan hati, niat, fikiran
bahawa kita betul-betul peroleh sales yang semakin meningkat
pada tiap hari.
Selamat beramal ^_^
|
No comments:
Post a Comment