Bismillah.
Kepada Hisyam yang dirahmati Allah.
Saya doakan Hisyam
dideraskan rezeki yang berkat
serta tiada habisnya seperti
makhluk Allah yang sentiasa
mengelilingi Kaabah, sentiasa
dalam keampunan dan peroleh
rahmat-Nya.
Aamiin ya Rabb.
Pernahkah Hisyam
menghadapi situasi di mana,
ingin keluar daripada perkara
yang tidak disukai.
Contoh, kurang duit,
sikap bertangguh,
sikap panas baran.
Dengan izin Allah,
baru-baru ini saya dipermudah
untuk ubah sikap.
Saya suka kaji diri sendiri
dan share kepada
orang apabila peroleh hasilnya.
Namun, ia bukan jaminan
semua orang akan dapat
hasil yang sama.
Ia memberi saya tekanan
apabila saya sukar berubah.
Ibarat hati yang keras,
setelah dimaki, diketuk
berkali-kali tetapi masih liat
untuk berubah.
Seperti firman Allah,
“Maka tidak pernahkah
mereka berjalan di bumi,
sehingga hati (akal) mereka
dapat memahami, telinga
mereka dapat mendengar?
Sebenarnya bukan mata itu
yang buta, tetapi yang buta
ialah hati yang di dalam dada”
(Surah Al-Hajj: 46)
Setiap hari, saya menyesali
benda yang sama. Saya berdoa
bersungguh-sungguh, agar
Allah beri saya taufiq untuk
berubah.
Daya dan kekuatan untuk
berubah. Dan benarlah,
"Sesungguhnya, tiada daya dan
kekuatan tanpa pertolongan Allah."
Andai kita mahu berubah, tetapi
Allah tak izinkan, memang
tak dapat kita berubah.
Dengan izin Allah, suatu hari
saya terdetik baca tip sahabat
saya. Berikut adalah perkongsian
saya di mukabuku saya.
Dan saya mahu kongsi semula
di emel ini.
Bismillah.
"What we focus on, expand."
Tip Kembangkan Akhlak Baru
Andai kita tidak suka sesuatu
sikap dalam diri, fokus pada
perkara yang berlawan dengannya.
Contoh, sikap yang tidak
disukai: Melewatkan solat
Ambil satu kertas kecil.
Memadai saiz memo.
Tulis sikap yang kita tidak suka.
Andai mahu ambil kertas A4
dan tulis semua sikap yang
kita tidak suka pun boleh.
Koyakkan kertas itu secara
kecil-kecilan. Di kala buang
ke tong sampah, katakan,
"Ia semakin lenyap dan
hilang dari dalam diri dan
mindaku."
Dan bertawakal kepada Allah.
Ia adalah antara salah satu
bentuk doa. Selagi kita fokus
pada sikap yang kita tidak
suka, selagi itu kita hidup
dengan sikap yang kita tidak
suka.
Tip ini dikongsi oleh Tuan
Master Rey (CH). Saya
practitioner tegar sahaja
a.k.a tester.
----------------------
Impak Fokus Perkara Yang Kita Tidak Suka
----------------------
Semakin kita fokus, kita akan
dapat melihat, semakin
kerap sikap itu berlaku kepada
kita.
Cuba listkan perkara yang
kita tidak suka. Dengan izin
Allah, banyak perkara yang
kita tidak suka hadir dalam
hidup kita.
Contoh, tidak cukup duit.
Maka, sememangnya tidak
cukup duit. Ubah mindset
untuk fokus perkara yang
kita suka.
Insya-Allah, Allah makbulkan
walau belum terjadi. Ia antara
behaviour orang beriman.
"Fake it to make it."
Allah berfirman yang bermaksud:
"(Orang yang bertakwa itu
adalah) orang yang beriman
kepada perkara ghaib,
mendirikan (mengerjakan)
solat dan membelanjakan
(mendermakan) sebahagian
daripada rezeki yang Kami
berikan kepada mereka,"
(Surah al-Baqarah: 3)
----------------------
3 Perisa Seru Rezeki
----------------------
1. Pantang fikiran negatif
Antara perisa seru rezeki
adalah dengan pantang
fikiran negatif.
Semakin banyak fikiran negatif,
semakin banyak energi negatif.
Hasil, negatif bertimpa-timpa.
Secara tidak sedar, ia adalah
salah satu bentuk doa kehidupan
yang malang bertimpa-timpa,
yang datang daripada ciptaan
fikiran sendiri.
(nauzubillahi min zalik)
2. Ayat Kursi + 3. Ayat 1-10
dalam Surah Al Kahfi
Antara cara untuk protect
adalah dengan sinergi ayat
Kursi dan ayat 1-10 dalam
Surah Al Kahfi.
Agar mencipta shield (perisai)
untuk sentiasa terlindung
daripada energi negatif
dengan izin Allah.
Untuk bacaan lanjut manfaat
ayat Kursi dan ayat 1-10 dalam
Surah Al Kahfi dengan
penjemputan rezeki,
klik link di bawah
--> https://app.getresponse.com/
Alhamdulillah - segala puji
bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Saya selalu kata pada diri,
"Allah sentiasa kabulkan doa
aku. Andai tak seperti yang aku nak
yakni, Dia adjust mengikut
ilmu-Nya."
Oleh sebab itu, teruskan
berdoa. Fokus kehidupan
yang kita mahu.
Tulis dalam buku
impian kehidupan bagaimana
yang kita mahu.
Itu adalah salah satu
bentuk submission of doa
kepada Allah.
Selepas itu, bertawakal
kepada-Nya untuk adjust
yang baik di sisi-Nya.
Yang penting, mulakan
dengan meminta.
Wallahu alam.
---
Insyirah Azhar
Penulis Inspirasi Ketuhanan